Kerja Itu Satu Ibadah

Assalamualaikum ...

Akhirnya berkesempatan juga mewujudkan satu blog untuk berkongsi hal-hal berkaitan dengan kerja.

Semoga ia dapat dimanfaatkan ke arah yang lebih baik.

Wednesday, April 29, 2009

Kajian MAMPU Dalam Pelaksanaan No MyKad Sebagai "Single Identity Number"

Putrajaya - Pihak MAMPU sedang melaksanakan kajian terhadap pelaksanaan no. MyKad Sebagai Nombor Rujukan Tunggal (Single Identity Number) Bagi Mendapatkan Perkhidmatan Oleh Warganegara Malaysia Sebagai Individu.

Ini bermakna orang awam berstatus WARGANEGARA yang berurusan dengan pihak Kerajaan hanya perlu ingat satu nombor sahaja iaitu no MyKad masing-masing sebagai nombor rujukan. Ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memudakan orang awam berurusan dengan pihak Kerajaan. Ada beberapa Kementerian/Jabatan/Agensi yang dianggap kritikal dalam melaksanakan usaha ini dan telah pun melaksanakan sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk meneraju inisiatif ini dan pihak Kementerian serta SUK Negeri telah diminta untuk memberi maklumbalas berhubung pelaksanaan projek ini di peringkat Kementerian dan Agensi-agensi di bawahnya serta Pejabat SUK Negeri.

Semoga usaha ini berjaya dan mendapat kerjasama semua pihak.

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh (MAPPA X)

Putrajaya - Amanat daripada Perdana Menteri telah diperdengarkan kepada semua penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh yang telah diadakan pada 28 April 2009.

Konsep yang dibawa ialah "Satu Malaysia" Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah memberi pengharapan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama para penjawat awam dalam meneruskan agenda Kerajaan. Apa yang boleh dikatakan secara keseluruhan hasrat PM dalam konsep Satu Malaysia lebih mementingkan rasa kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) sebagai rakyat Malaysia yang boleh dikatakan satu keluarga yang besar.

Teks ucapan YAB Perdana Menteri sempena MAPPA X boleh diakses di Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat Berkaitan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Kerajaan Negeri Bagi Pelaksanaan Projek Jalur Lebar (Broadband) Kebangsaan

Kuching - Telah hadir mesyuarat sebagai wakil SUB pada 14 April 2009 baru-baru ini. Tiada isu yang hangat cuma Y. Bhg Datuk SUK menekankan langkah yang boleh diambil bagi mencapai sasaran '50% penetration of high speed broadband (HSBB) di Sarawak'. Slaid pembentangan dibentangkan oleh 2 orang wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Mesyuarat akan datang akan membincangkan isu tersebut. Tarikh, masa dan tempat belum ditetapkan.

Pada pendapat saya, masalah atau isu penyediaan HSBB di Sarawak ialah salah satunya ialah kekangan keadaan geografi dan topografi negeri tersebut.

Day trip. Jadi, tak berkesempatan membeli cenderahati untuk rakan sekerja di Putrajaya.

p/s - Jumpa pulak uncle kt sana. Xtau dia memang keje kat Kuching. How surprise!!