Kerja Itu Satu Ibadah

Assalamualaikum ...

Akhirnya berkesempatan juga mewujudkan satu blog untuk berkongsi hal-hal berkaitan dengan kerja.

Semoga ia dapat dimanfaatkan ke arah yang lebih baik.

Monday, October 26, 2009

INTISARI BAJET 2010

Intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Wednesday, September 16, 2009

Warga ICT 'bersatu' semula

Putrajaya - Hasil penstrukturan semula Kementerian, Bahagian Pengurusan Maklumat (ICT) telah dipecahkan seperti yang dimaklumkan dalam topik lepas. Unit Infodesa telah diletakkan di bawah Bahagian PKI. Maka terdapatlah ruang-ruang kosong di ICT tinggalan pegawai MID terdahulu. Jadi, pegawai F41 yang ditempatkan sementara di Bilik Mesyuarat akan dipindahkan ke dalam Bahagian ICT bersama pegawai2 ICT yang lain. Sayang nak bertukar tempat tapi apa boleh dibuat. Untuk kebaikan dan kepentingan bersama. Tapi sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan sebelum berpindah masuk untuk mengisi keperluan pegawai pada masa-masa akan datang.

Akhirnya, warga ICT kembali bersatu semula. Semoga silaturrahim antara warga ICT semakin kuat dan saling bekerjasama dalam mencapai misi Bahagian.

Sekian.

Friday, August 14, 2009

Pengstrukturan Semula Kementerian

Penstrukturan semula Kementerian boleh dikategorikan sebagai 'major'. Bukan setakat penambahan Bahagian baru, malah cantuman, pecahan dan pelupusan Bahagian turut dialami. Bahagian ICT yang dahulunya terdiri daripada 3 unit besar telah menjadi 2 unit kecil.

1 unit daripada Bahagian ICT telah dimasukkan ke satu Bahagian baru. Oleh kerana wujud satu Bahagian baru, maka perjawatannya juga mestilah baru. Jadi, unit ICT tu turut mengalami keadaan yang sama. Dan tambah mengejutkan, kawan-kawan lama dari unit kecil tersebut juga berpindah pejabat iaitu di MIECC, Seri Kembangan.

Senarai Nama Bahagian Baru.

SEKTOR DASAR
1. Bah. Perancangan Strategik - Bah R + P&I
2. Bah. Pengupayaan Komuniti dan Infodesa - baru + Unit Infodesa
3. Bah. Pengupayaan Ekonomi dulu Ekonomi Desa
4. Bah. Pelaburan Anak Syarikat - kekal

SEKTOR SOSIO EKONOMI
1. Bah. Infrastruktur dulu Pembangunan
2. Bah. Kesejahteraan Rakyat dulu Pembasmian Kemiskininan
3. Bah. Kemajuan Tanah dan Wilayah dulu Wilayah dan Kawasan

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN
1. Bah. Pengurusan Sumb. Manusia - kekal
2. Bah. Kew, Belanjawan & Akaun - dulu Kewangan
3. Bah. Perolehan - baru
4. Bah. Pentadbiran dan Peng. Aset - dulu Pentadbiran
5. Bah. Pengurusan Maklumat dulu Teknologi Maklumat & Infodesa

Monday, June 29, 2009

Kursus Induksi Khusus Siri 1/2009

Melaka - Kursus Induksi Khusus Kementerian Kemajuan Luar Bandar Siri Pertama Bagi Tahun 2009 telah dijayakan di A'Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka selama semingga 22 Jun hingga 26 Jun 2009. Peserta melibatkan warga Kementerian dan juga Agensi.

Induksi kali ini agak 'surprised' kerana para peserta dimaklumkan bahawa pada akhir sesi akan dibuat penilaian. Para peserta perlu menjawab beberapa soalan berkaitan dengan Kementerian. Setelah tamat semuanya, Alhamdulillah semua peserta telah lulus ujian penilaian tersebut.

Selain daripada menghadiri kelas pembentangan peranan dan fungsi bahagian-bahagian di Kementerian, waktu rehat petang tentu lebih seronok kalau ada aktiviti. Memandangkan para peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan resort, tak banyak aktiviti boleh dilakukan. Kalau ada pun, boleh dikatakan semuanya berbayar.

Ada satu malam, keluar beramai-ramai ke Cowboy Town. Rezeki kami ... free entrance! Tapi ... suasana suram je. Takde benda pun. Kiranya tak berbaloi kalau bayar RM40 tadi. Nasib baik free. Cuma harimau, 2 little ponny and orang utan je yang agak menarik perhatian. Emm ... yang lain???

Aktiviti petang pulak dirancang kurang kemas oleh Urusetia. Boring! Tak pasti mengapa tapi Urusetia telah menyelamatkan 'keadaan'. Paintball!! First experience but fun! Penglibatan bukan dari semua peserta. Jadi sesiapa yang berminat sajalah. Kumpulan Scarface telah menjadi Juara. Tahniah.

Secara keseluruhan, sesi pembentangan berjalan lancar. Dan para peserta boleh berkenalan antara satu sama lain. Selain daripada mendapat maklumat peranan dan fungsi Kementerian, silaturrahim antara warga Kementerian yang baru-baru ini dapat dipupuk.

Sekian. Hahaha ...

Wednesday, April 29, 2009

Kajian MAMPU Dalam Pelaksanaan No MyKad Sebagai "Single Identity Number"

Putrajaya - Pihak MAMPU sedang melaksanakan kajian terhadap pelaksanaan no. MyKad Sebagai Nombor Rujukan Tunggal (Single Identity Number) Bagi Mendapatkan Perkhidmatan Oleh Warganegara Malaysia Sebagai Individu.

Ini bermakna orang awam berstatus WARGANEGARA yang berurusan dengan pihak Kerajaan hanya perlu ingat satu nombor sahaja iaitu no MyKad masing-masing sebagai nombor rujukan. Ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memudakan orang awam berurusan dengan pihak Kerajaan. Ada beberapa Kementerian/Jabatan/Agensi yang dianggap kritikal dalam melaksanakan usaha ini dan telah pun melaksanakan sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk meneraju inisiatif ini dan pihak Kementerian serta SUK Negeri telah diminta untuk memberi maklumbalas berhubung pelaksanaan projek ini di peringkat Kementerian dan Agensi-agensi di bawahnya serta Pejabat SUK Negeri.

Semoga usaha ini berjaya dan mendapat kerjasama semua pihak.

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh (MAPPA X)

Putrajaya - Amanat daripada Perdana Menteri telah diperdengarkan kepada semua penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesepuluh yang telah diadakan pada 28 April 2009.

Konsep yang dibawa ialah "Satu Malaysia" Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah memberi pengharapan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama para penjawat awam dalam meneruskan agenda Kerajaan. Apa yang boleh dikatakan secara keseluruhan hasrat PM dalam konsep Satu Malaysia lebih mementingkan rasa kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) sebagai rakyat Malaysia yang boleh dikatakan satu keluarga yang besar.

Teks ucapan YAB Perdana Menteri sempena MAPPA X boleh diakses di Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat Berkaitan Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi Kerajaan Negeri Bagi Pelaksanaan Projek Jalur Lebar (Broadband) Kebangsaan

Kuching - Telah hadir mesyuarat sebagai wakil SUB pada 14 April 2009 baru-baru ini. Tiada isu yang hangat cuma Y. Bhg Datuk SUK menekankan langkah yang boleh diambil bagi mencapai sasaran '50% penetration of high speed broadband (HSBB) di Sarawak'. Slaid pembentangan dibentangkan oleh 2 orang wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Mesyuarat akan datang akan membincangkan isu tersebut. Tarikh, masa dan tempat belum ditetapkan.

Pada pendapat saya, masalah atau isu penyediaan HSBB di Sarawak ialah salah satunya ialah kekangan keadaan geografi dan topografi negeri tersebut.

Day trip. Jadi, tak berkesempatan membeli cenderahati untuk rakan sekerja di Putrajaya.

p/s - Jumpa pulak uncle kt sana. Xtau dia memang keje kat Kuching. How surprise!!