Kerja Itu Satu Ibadah

Assalamualaikum ...

Akhirnya berkesempatan juga mewujudkan satu blog untuk berkongsi hal-hal berkaitan dengan kerja.

Semoga ia dapat dimanfaatkan ke arah yang lebih baik.

Friday, March 27, 2009

Kursus Neuro Linguistic Programming (NLP)

Putrajaya - Saya telah mengikuti satu kursus mengenai MINDA iaitu Neuro Linguistic Programming (NLP)yang dibuat di Quality Hotel, Kuala Lumpur pada 18 Mac hingga 20 Mac. Kursus bersama wargakerja yang lain seramai lebih kurang 36 orang. Penceramah hanyalah dua orang, sepasang suami isteri Mark Chatterton (nama Islamnya Masri) and Lin Chatterton.

Apakah itu NLP? Berdasarkan apa yang dipelajari dan difahami, NLP adalah satu cara mendidik minda agar dapat dikawal dengan baik dan positif serta mengenal keupayaan minda separa sedar yang dimiliki oleh setiap individu. Secara tidak langsung, ia mampu menpengaruhi kehidupan seharian ke arah lebih baik. Kuasa minda separa sedar amat berkuasa jika dibandingkan dengan minda sedar

Secara keseluruhannya, saya puas hati dengan kursus dan pendedahan mengenai NLP yang baru sahaja diterokai oleh anak tempatan. Semoga kita mampu menjadi manusia yang seimbang dan sihat mental dan fizikal. Buku yang dibeli juga diharapkan mampu memberi perubahan dalam kehidupan terutama dalam kerjaya.

Saya mengesyorkan para pembaca blog menyertai kursus seumpama ini dan ambillah ia dengan positif.

Sekian.